Want your
own Fotopage?







 
ProCC@Johor
:: www.protonclub.com ::
By: eZals AJK ProCC

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 30-Apr-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
Berkelah di Teluk Ramunia, Kota Tinggi

Check point Kota Tinggi
From Kota Tinggi
To Desaru
Kenangan@Teluk Ramunia
Kenangan lagi
Sesi suai kenal
Sesi suai kenal
First game
Ada kerusi kosong lagi tak?
Rebut jgn tak rebut
Sape cepat?
Kaum hawa plak
Mcm-mcm gaya..
Adoiii!! Tajamnya toott!!
Ganasnya siap patah tu...
Second game
Mari lihat sape kena..
Ada member nak lari..
Entah apa diorang buat tah?
Cium 4 btg pokok
Gaya bigfoot??
Main bola korang ya
Lambat sangat BBQ nie
Baru nak start...
Emmm... byknya makanan
Bakar kak jgn tak bakar
Celebrate b/day
Kecian kek dia kemek..
Sblum pulang
Sblum pulang
Sblum pulang
Sblum pulang
Kenananga manis
Berkelah di Teluk Ramunia, Kota Tinggi

Sempena menyambut cuti Hari Pekerja, ProCC Johor telah mengambil kesempatan mengadakan satu aktiviti riadah bersama keluarga iaitu berkelah di Teluk Ramunia pada 30hb April 2006 yang lalu. Pada keseluruhannya, aktiviti yang disertai lebih kurang 50 orang ahli serta ahli keluarga ini dijalankan secara ringkas dan sederhana, tetapi ia telah mencapai matlamat dimana setiap ahli berkenalan dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain dan juga mengeratkan silaturahim sesama ahli serta keluarga.

Pada seawal jam 7:30 pagi semua ahli dari Pasir Gudang telah berkumpul di perkarangan Pasaraya Jiason Nusa Damai untuk sesi taklimat. Konvoi mula bergerak pada jam 8:00 pagi yang diketuai oleh ketua marshal Eeolemon serta marshal yang lain iaitu Lan, XaXa, Lee Rider, Banjar dan Acik melalui jalan perkampungan Felda Cahaya Baru ke Ulu Tiram dan seterusnya menuju ke Kota Tinggi. Konvoi tiba di persimpangan lampu isyarat Kota Tinggi pada jam 9:00 pagi dan bergabung dengan sebahagian ahli yang menunggu di Kota Tinggi iaitu MAT 47, Zulkaria, Mr_Miefah, Abang Net, Ejal & Sodoq.

Konvoi meneruskan perjalanan pada jam 9:30 pagi menuju terus ke destinasi dan tiba di Teluk Ramunia pada jam 11:00 pagi. Pada awalnya kumpulan konvoi menghadapi masalah untuk mencari tapak beriadah disebabkan kawasan yang agak terhad serta orang ramai, tetapi alhamdulillah kami semua mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Mr_Miefah yang bersusah payah mendapatkan tapak untuk beriadah iaitu di Melisa Chalet.

Acara pertama dimulakan dengan semua ahli bekerjasama mengemas barang-barang keperluan seperti makanan dan minuman ke tempat yang disediakan oleh pihak chalet. Seterusnya sesi bergambar beramai-ramai untuk kenangan dan menjamu selera dengan pelbagai hidangan antaranya nasi lemak, mee serta mee hoon goreng, nasi berlauk kari ayam, lontong kering, sandwich, dan kuih karipap. Selepas menjamu selera sebahagian ahli mengambil kesempatan bersantai menyejukkan badan bermandi–manda di pantai bersama keluarga masing-masing ada juga yang memasang khemah untuk tempat berteduh. Pihak AJK juga telah menganjurkan sedikit permainan bagi memeriahkan lagi aktiviti pada hari tersebut. Antara permainan yang diadakan ialah kerusi musik dan kotak beracun. Pelbagai aksi yang melucukan terjadi antaranya ialah dengan gelagat berapa orang ahli merebut kerusi sehingga patah dan terjatuh, cium empat batang pokok, membuat aksi bigfoot dan bermacam-macam lagi aksi yang mencuitkan hati.

Selepas penat beriadah acara yang seterusnya ialah memasak BBQ ayam, ikan dan sotong sambil beramah mesra. Semua ahli serta keluarga bergotong royong menyediakan pembakar BBQ dan pada masa yang sama satu acara kejutan telah diadakan iaitu bagi merai hari ulang tahun kelahiran salah seorang ahli ProCC Johor iaitu saudari XaXa yang ke 28. Aktiviti picnic ini berakhir pada jam 5:00 petang dan semua ahli mengambil kesempatan bergambar kenangan beramai-ramai sebelum konvoi bergerak pulang ke Pasir Gudang.

ProCC Johor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam mengendalikan aktiviti ini dan tidak lupa juga kepada semua ahli yang memberi sokongan serta kerjasama dari mula hingga akhir disepanjang aktiviti ini dijalankan. Semoga aktiviti sebegini dapat meninggalkan kenangan yang manis bagi semua ahli. TAHNIAH DAN SYABAS kepada e-Zals, i-nizam78, KurtJB, D-zul, Azan, Acik, Banjar, Bagong, Jepun, Lee Rider, Puteri Alin, Xaxa, Abey, UlatGendon, Ahmad_Misdan, Mat47, Apis, Zulkaria, Abg Net, Eeolemon, Dien, Sodoq, Ejal, 5-zals dan Along serta ahli keluarga mereka.


Ikhlas: i-nizam78
Penolong Pengurus ProCC Johor.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net