Want your
own Fotopage?







 
ProCC@Johor
:: www.protonclub.com ::
By: eZals AJK ProCC

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Sunday, 28-Jan-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
Liga Bowling, 1st Quarter di TPGR

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 14 photos...
Liga Bowling, 1st Quarter di TPGR

Gambar-gambar semasa perlawanan bowling ProCC@Johor untuk penggal pertama. Tahniah kepada semua pemenang. Tunggu pada penggal kedua....

Ikhlas: Penolong Pengurus ProCC Johor.
i-nizam78



Friday, 12-Jan-2007 17:14 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti Amal Banjir - Gelombang Kedua

 
 
 
Aktiviti Amal Banjir - Gelombang Kedua

Pada 12hb Januari 2007 Kota Tinggi sekali lagi dikejutkan dengan kejadian banjir besar ‘Gelombang kedua’ dimana ia merupakan yang terburuk selepas dua minggu berlaku ‘Gelombang Pertama’. Pada kesempatan ini Parlimen Pengerang –P157 telah menganjurkan aktiviti amal pada 21hb Januari 2007 yang lalu. Keperihatinan ProCC@Johor , kami telah bersama menyertai aktiviti amal tersebut. Aktiviti amal ini juga telah disertai oleh pelbagai kelab kereta dari seluruh Kota Tinggi. Antara kelab-kelab kereta yang menyertai program ini adalah;

1. Dynamic
2. Autohead
3. GASKT
4. Pantera
5. ProCC

Aktiviti amal ini bermula seawal jam 10.00 pagi bertempat di Kampung Makam. Melihat keadaan kawasan kampung yang masih diselaputi sampah sarap dan kawasan rumah yang dipenuhi lumpur ia tidak mematahkan semangat kami semua untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung. Kerja-kerja yang dijalankan dikampung terbabit adalah seperti mengutip, mengumpul dan membakar sampah sarap serta membersihkan kawasan rumah. Aktiviti amal ini berhenti berehat seketika pada pukul 12.30 tengah hari untuk makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan penduduk kampung.

Aktiviti seterusnya ialah kami semuanya dibawa ke pusat pemindahan banjir di dewan orang ramai Kota Kechil. Tetapi semua mangsa banjir telah dibenarkan pulang kerana keadaan banjir yang telah pun pulih sepenuhnya. Selepas itu kami melawat sekitar kawasan perumahan Kota Kechil dan meninjau keadaan kawasan perumahan yang masih dipenuhi sampah sarap dan berlumpur.

Pihak penganjur telah memilih bangunan Tabika Kemas dan bilik gerakan Barisan Nasional untuk dibersihkan. Pelbagai barangan seperti buku telah musnah dan peralatan seperti kerusi dan meja dipenuhi lumpur akibat daripada kejadian banjir. Aktiviti amal ini selesai pada pukul 4.00 petang. Jutaan terima kasih ingin kami ucapkan kepada semua ahli ProCC yang terlibat dalam aktiviti amal kali ini dan juga kepada Parlimen Pengerang P157 kerana sudi menjemput kami untuk menjayakan aktiviti murni ini. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang. SYABAS dan TAHNIAH!

p/s: Gambar akan dimuatnaik kemudian...


Ikhlas: Penolong Pengurus ProCC Johor.
i-nizam78



Monday, 25-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti amal bersama mangsa banjir di Kota Tinggi

 
 
 
View all 24 photos...
Aktiviti amal bersama mangsa banjir di Kota Tinggi

Tanggal 25hb December 2006, Penghujung bulan December 2006 merupakan detik hitam bagi mangsa-mangsa banjir luar biasa yang berlaku di negeri Johor. Hujan yang berterusan selama beberapa hari telah menyebabkan paras air naik mendadak menyebabkan beberapa bandar di negeri Johor mengalami musibah banjir. Tidak terlepas juga musibah tersebut menimpa beberapa orang ahli ProCC Johor di Kota Tinggi.

Kami ahli ProCC Johor Pasir Gudang mengambil inisiatif serta berpakat beramai-ramai untuk turun padang menolong ahli-ahli kita yang malang. Konvoi dari Pasir Gudang terpaksa menggunakan jalan Kulai-Kota Tinggi untuk sampai ke bandar Kota Tinggi kerana jalan utama ke Kota Tinggi telah runtuh. Walau bagaimanapun konvoi kami selamat sampai ke destinasi di mana air masih lagi melimpah dimana-mana.

Setelah sampai ke destinasi yang dituju, semua ahli telah menunjukkan semangat setia kawan bagi menolong ahli yang terlibat. Semua ahli memberi kerjsama bagi membersihkan kedai dan juga rumah ahli yang terlibat. Keadaan amat menyedihkan dimana semua barang-barang telah rosak dan tidak dapat diselamatkan. Ahli ProCC yang membuka perniagaan peralatan audio telah mengalami kerugian hampir 70 ribu ringgit. Kami hanya mampu bersimpati dan cuba berada disisi mangsa disaat mereka kesusahan serta menolong hanya yang termampu.

Kami berharap ahli ProCC Kota Tinggi yang terlibat diharap bersabar menghadapi dugaan yang telah menimpa mereka. Apa yang berlaku pasti tentu ada hikmah disebaliknya. Pihak AJK ProCC@Johor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli yang terlibat dan mengorbankan masa cuti umum Hari Natal kerana sudi menghulurkan bantuan tenaga serta sokongan moral kepada rakan-rakan ahli yang menghadapi musibah banjir ini. Semoga sikap prihatin ini dapat diteruskan dan tersemai kepada seluruh warga ProCC, insyallah.

Sehubungan dengan itu pihak AJK ProCC@Johor mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada semua ahli-ahli ProCC di seluruh negara. Sumbangan ikhlas bolehlah dibuat melalui akaun Maybank ;


EZAL SHAH BIN ISMAIL (Pengurus ProCC Johor).
No. Akaun 101020429628 No. telepon 012-7950741.

atau

ISMANIZAM BIN ISMAIL (Penolong Pengurus ProCC Johor).
No. Akaun 101075454159 No. telepon 019-7169053.


Sumbangan juga boleh dibuat melalui wakil AJK setiap negeri. Sumbangan ikhlas dari anda adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir. Saya selaku Pengurus ProCC Johor ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan anda, bak kata pepatah 'ringan sama dijinjing, berat sama dipikul'.

Ikhlas: Pengurus ProCC Johor.
e-Zals



Sunday, 3-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan e-Lan di Kota Tinggi Johor

 
 
 
View all 10 photos...
Majlis Perkahwinan e-Lan di Kota Tinggi Johor

Pada 3hb December 2006, merupakan hari bahagia ahli ProCC HQ, saudara e-Lan, telah menlangsungkan perkahwinannya dengan gadis jelita Kota Tinggi. ProCC Johor dijemput bagi meramaikan majlis tersebut dan kami semua berbesar hati menghadirkan diri untuk bersama-sama melalui kenangan manis salah seorang ahli ProCC. Walaupun beliau bukan ahli ProCC Johor tapi semangat setia kawan, kami sebagai tuan rumah tetap menyambut kedatangan tetamu kami dengan hati terbuka dan amat berbesar hati.

Semua ahli dari Pasir Gudang telah berkumpul di stesen minyak BHP Plentong bagi menunggu rakan-rakan yang lain. Konvoi mula bergerak ke Kota Tinggi pada pukul 12.30 petang dan selamat tiba di perkarangan rumah pengantin pada pukul 2.00 petang. Jemputan ini juga dihadiri oleh ahli-ahli ProCC dari Kota Tinggi sendiri.

Ketibaan kami di rumah pengantin, rombongan pihak lelaki disambut baik oleh keluarga pengantin perempuan. Setelah pengantin lelaki siap diandam bagaikan seorang pahlawan dengan keris dipinggang, diarak beramai-ramai ke rumah pengantin diiringi oleh paluan kompang dan juga ahli-ahli ProCC yang lain. Kedua mempelai digandingkan diatas pelamin yang dihias indah serba kehijauan dan pasangan pengantin kelihatan begitu anggun dan menawan. Bagi ahli-ahli yang lain tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera masing-masing di balai hidangan sambil menatap keriangan hari perkahwinan saudara e-Lan.

Kami semua ahli ProCC Johor ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada saudara e-Lan, semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terima kasih kepada semua yang hadir bagi meramaikan aktiviti tersebut.


Ikhlas: Pengurus ProCC Johor.
e-Zals



Sunday, 17-Sep-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Autoshow di Todays Plentong Masai

 
 
 
View all 44 photos...
Autoshow di Todays Plentong Masai

Aktiviti terakhir ProCC Johor sebelum menyambut ketibaan bulan ramdhan pada 17hb September 2006. ProCC Johor dijemput untuk hadir ke Majlis Autoshow di Todays Market Plentong Masai anjuran Kelab Masterpiece. Kami amat berbesar hati diatas jemputan mereka bersama-sama kelab-kelab kereta yang lain. Pelbagai aktiviti terdapat di tapak pamiran seperti barisan kereta yang telah diubah suai dengan menarik sekali, pertunjukan audio, jualan booth dan juga promosi-promosi dari kedai aksesori kereta.

Semua ahli mengambil peluang untuk mengambil gambar kenang-kenangan setelah tiba di tapak pamiran. Sebelum itu semua ahli telah berkumpul di Projet Taman Scientex untuk menunggu ketibaan ahli-ahli yang lain sebelum konvoi mula bergerak ke Todays Market, Masai. Setelah puas menjamu mata, kami semua beramai-ramai duduk semeja untuk minum petang. Setelah semuanya selesai, kami mengambil kata sepakat untuk pergi ke Tanjung Puteri Resort untuk bermain bowling beramai-ramai serta sempat merakamkan gambar beramai-ramai.

Terima kasih kepada semua yang hadir bagi meramaikan aktiviti tersebut.


Ikhlas: Pengurus ProCC Johor.
e-Zals


Saturday, 2-Sep-2006 08:00 Email | Share | | Bookmark
Konvoi Merdeka ProCC - Jelajah Johor

 
 
 
View all 63 photos...
Konvoi Merdeka ProCC 2006 ke Selatan Tanah Air bertemakan ’Bersama Menghayati Erti Kemerdekaan’

Sudah menjadi agenda utama di dalam jadual tahunan bagi kelab kereta ProtonClub.Com untuk mengadakan Konvoi Merdeka dan Hari Keluarga pada awal bulan September setiap tahun. Kali ini giliran selatan tanah air iaitu Negeri Johor Darul Ta’zim telah menjadi tuan rumah bagi menjayakan Konvoi Merdeka dan Hari Keluarga ProCC 2006 iaitu pada 2hb dan 3hb September 2006 bertempat di Sunrising Beach Resort Teluk Ramunia di Pengerang, Johor.

Dengan pemilihan tersebut, persediaan seawal tiga bulan bagi tempahan tempat tinggal, makanan, hiburan dan sukaneka telah dibuat bagi memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Pengurusan ProCC Negeri Johor telah dipertanggungjawabkan bagi menguruskan segala hal yang berkaitan. Bagi memastikan kelancaran segala aktiviti, ahli jawatankuasa dan urusetia telah dilantik bagi membantu dan bekerjasama dalam menjayakan program ini.

ProtonClub.Com mempunyai keahlian di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, program ini telah disertai hampir 200 jumlah peserta dan konvoi terpanjang ProCC dengan 90 buah kereta nasional pelbagai model.

Pada hari pertama, pelepasan konvoi telah dijalankan di Pentas Utama Festive Street Mall, Danga Bay, Johor Bahru dan majlis dirasmikan oleh YAB Tuan Hj. Ibrahim Bin Ghafar Timbalan Pemuda Umno Cawangan Pasir Gudang. Sebelum perlepasan, sesi taklimat ringkas dan doa selamat diadakan bagi memastikan perjalanan konvoi dan keselamatan peserta terjamin tanpa sebarang gangguan di dalam perjalanan.

Perjalanan sejauh 130km yang memakan masa lebih kurang 60 minit dari Festive Street Mall, Danga Bay dengan keadaan cuaca yang panas terik tidak mematahkan semangat peserta konvoi serta marshall-marshall yang cekap bertugas mengawal perjalanan konvoi tanpa polis penggiring telah berjaya memastikan kenderaan peserta konvoi dalam keadaan terkawal dan selamat sampai ke destinasi pada pukul 3.30 petang.

Pelbagai acara dijalankan antaranya ialah jamuan makan malam, sesi karaoke, cabutan bertuah dan permainan kerusi muzik yang menyaksikan pelbagai gelagat yang melucukan. Malah ada dikalangan ahli yang dikaitkan dengan Datuk ‘K’ dan Siti Nurhaliza. Keletah pengerusi majlis pada malam itu juga membuatkan acara-acara tersebut bertambah meriah dan menghilangkan rasa penat seketika akibat perjalanan konvoi yang agak jauh.

Pada hari kedua, acara dimulakan dengan sarapan pagi dan seterusnya acara sukaneka. Setiap peserta diwajibkan mewarnakan muka sebagai simbolik kepada acara sukaneka. Permainan bermula dengan sorakan dari setiap ahli kumpulan dengan gayanya yang tersendiri. Antara permainan yang dijalankan adalah boling kampung, futsal guni, bawa buah kelapa menggunakan perut serta campak belon berisi air, dimana airnya dicampur dengan belacan dan cincaluk. Acara kemuncak ialah sesi penyampian hadiah dan sesi bergambar untuk kenang-kenangan sebelum majlis konvoi ditutup secara rasmi oleh Presiden ProCC.

Pada keseluruhannya aktiviti ini berjaya menarik minat para remaja bagi menggelakkan terjebak ke dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan lumba haram serta gejala sosial yang semakin menular sejak kebelakangan ini serta menghayati dan memahami erti kemerdekaan. Aktiviti-aktiviti riadah seperti ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara sesama ahli dan keluarga. Dengan inisiatif yang ada pada komuniti ProtonClub.Com secara terang dan jelas bahawa kami para belia mampu melakukan sesuatu yang berfaedah serta merapatkan hubungan dan perpaduan di setiap lapisan masyarakat dan kaum. Aktiviti seperti ini juga dapat membimbing para peserta lebih prihatin terhadap pengguna-pengguna jalan raya yang lain serta menyemai sikap bertanggunjawab serta berhemah ketika memandu di jalan raya.

Jutaan terima kasih kepada penaja bersama Bengkel Utama Autocolor Service Center, Restoran Pasir Puteh, Kal & Faz Enterprise, Petronas Taman Bayu Puteri, E’NATRA Audio, pihak pengurusan ProCC serta orang perseorangan yang sudi memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini. Untuk maklumat lanjut dan mendaftar menjadi ahli ProCC sila lawati laman sawang kami di http://www.protonclub.com


Ikhlas: Setiausaha Event.
Puteri Alin



Saturday, 5-Aug-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pertandingan Bowling - Kelab-Kelab Kereta P.Gudang

 
 
 
View all 12 photos...


Sunday, 18-Jun-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Interclub Futsal Challenge Pasir Gudang

 
 
 
View all 12 photos...
Interclub Futsal Challenge Pasir Gudang

Satu perlawanan futsal antara kelab-kelab kereta di Pasir Gudang telah berlangsung pada 18hb Jun 2006 bertempat di Gelanggang Futsal Jalan Keluli, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor. Perlawanan futsal ini telah dianjurkan oleh kelab kereta Saloon Motosport yang disertai oleh beberapa kelab kereta lain di Pasir Gudang, antaranya ialah;

01. Saloon Motosport
02. ProCC
03. Advanti
04. Advan
05. Generasi Gemilang
06. Grand Tuner
07. Masterpiece
08. Dr Design
09. Cyborg
10. Warisan Perdana

ProCC telah menghantar hanya satu pasukan yang diwakili oleh Lan, Dien, Abey, KurtJB, Sab, Castello, Ady, dan Along. Walaupun pasukan ProCC tidak layak ke pusingan suku akhir, tetapi ProCC dapat memberi tentangan yang sengit dalam saingan peringkat kumpulan. Dalam perlawanan pertama menentang Cyborg, ProCC tewas tipis 2-1. Namun dalam perlawanan kedua ProCC bangkit dengan menang bergaya menewaskan Grand Tuner dengan jaringan 3-0 dan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, ProCC terikat 1-1 dengan pasukan Advanti yang mana ia merupakan perlawanan yang paling sengit. Walau apapun SYABAS dan TAHNIAH pasukan ProCC yang menunjukkan aksi yang bersemangat dalam berpasukan dan bertenaga.

Kepada semua penyokong-penyokong ProCC yang hadir antaranya I-nizam78, Caroz, Joe’ari, Korie, Bagong, Banjar, NanPG, UlatGendon, Rin, Jepun, Nasir, Far dan para tetamu yang lain terima kasih kerana meluangkan masa dan memberikan sokongan padu serta semangat kepada pasukan ProCC. Kepada pasukan Futsal ProCC@Johor jangan kecewa dan cuba lagi di tahun hadapan.

Ikhlas: i-nizam78
Penolong Pengurus ProCC Johor.


Sunday, 30-Apr-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Berkelah di Teluk Ramunia, Kota Tinggi

Check point Kota Tinggi
From Kota Tinggi
To Desaru
View all 33 photos...
Berkelah di Teluk Ramunia, Kota Tinggi

Sempena menyambut cuti Hari Pekerja, ProCC Johor telah mengambil kesempatan mengadakan satu aktiviti riadah bersama keluarga iaitu berkelah di Teluk Ramunia pada 30hb April 2006 yang lalu. Pada keseluruhannya, aktiviti yang disertai lebih kurang 50 orang ahli serta ahli keluarga ini dijalankan secara ringkas dan sederhana, tetapi ia telah mencapai matlamat dimana setiap ahli berkenalan dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain dan juga mengeratkan silaturahim sesama ahli serta keluarga.

Pada seawal jam 7:30 pagi semua ahli dari Pasir Gudang telah berkumpul di perkarangan Pasaraya Jiason Nusa Damai untuk sesi taklimat. Konvoi mula bergerak pada jam 8:00 pagi yang diketuai oleh ketua marshal Eeolemon serta marshal yang lain iaitu Lan, XaXa, Lee Rider, Banjar dan Acik melalui jalan perkampungan Felda Cahaya Baru ke Ulu Tiram dan seterusnya menuju ke Kota Tinggi. Konvoi tiba di persimpangan lampu isyarat Kota Tinggi pada jam 9:00 pagi dan bergabung dengan sebahagian ahli yang menunggu di Kota Tinggi iaitu MAT 47, Zulkaria, Mr_Miefah, Abang Net, Ejal & Sodoq.

Konvoi meneruskan perjalanan pada jam 9:30 pagi menuju terus ke destinasi dan tiba di Teluk Ramunia pada jam 11:00 pagi. Pada awalnya kumpulan konvoi menghadapi masalah untuk mencari tapak beriadah disebabkan kawasan yang agak terhad serta orang ramai, tetapi alhamdulillah kami semua mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Mr_Miefah yang bersusah payah mendapatkan tapak untuk beriadah iaitu di Melisa Chalet.

Acara pertama dimulakan dengan semua ahli bekerjasama mengemas barang-barang keperluan seperti makanan dan minuman ke tempat yang disediakan oleh pihak chalet. Seterusnya sesi bergambar beramai-ramai untuk kenangan dan menjamu selera dengan pelbagai hidangan antaranya nasi lemak, mee serta mee hoon goreng, nasi berlauk kari ayam, lontong kering, sandwich, dan kuih karipap. Selepas menjamu selera sebahagian ahli mengambil kesempatan bersantai menyejukkan badan bermandi–manda di pantai bersama keluarga masing-masing ada juga yang memasang khemah untuk tempat berteduh. Pihak AJK juga telah menganjurkan sedikit permainan bagi memeriahkan lagi aktiviti pada hari tersebut. Antara permainan yang diadakan ialah kerusi musik dan kotak beracun. Pelbagai aksi yang melucukan terjadi antaranya ialah dengan gelagat berapa orang ahli merebut kerusi sehingga patah dan terjatuh, cium empat batang pokok, membuat aksi bigfoot dan bermacam-macam lagi aksi yang mencuitkan hati.

Selepas penat beriadah acara yang seterusnya ialah memasak BBQ ayam, ikan dan sotong sambil beramah mesra. Semua ahli serta keluarga bergotong royong menyediakan pembakar BBQ dan pada masa yang sama satu acara kejutan telah diadakan iaitu bagi merai hari ulang tahun kelahiran salah seorang ahli ProCC Johor iaitu saudari XaXa yang ke 28. Aktiviti picnic ini berakhir pada jam 5:00 petang dan semua ahli mengambil kesempatan bergambar kenangan beramai-ramai sebelum konvoi bergerak pulang ke Pasir Gudang.

ProCC Johor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam mengendalikan aktiviti ini dan tidak lupa juga kepada semua ahli yang memberi sokongan serta kerjasama dari mula hingga akhir disepanjang aktiviti ini dijalankan. Semoga aktiviti sebegini dapat meninggalkan kenangan yang manis bagi semua ahli. TAHNIAH DAN SYABAS kepada e-Zals, i-nizam78, KurtJB, D-zul, Azan, Acik, Banjar, Bagong, Jepun, Lee Rider, Puteri Alin, Xaxa, Abey, UlatGendon, Ahmad_Misdan, Mat47, Apis, Zulkaria, Abg Net, Eeolemon, Dien, Sodoq, Ejal, 5-zals dan Along serta ahli keluarga mereka.


Ikhlas: i-nizam78
Penolong Pengurus ProCC Johor.



Sunday, 19-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Johor Autoshow Challenge 2006

18/3 ProCC in Audio Demo
18/3 Audio Girls
19/3 Berkumpul di Stadium
View all 39 photos...
Johor Autoshow Challenge 2006

Johor Autoshow Challenge 2006 yang telah diadakan di Festive Street Mall, Danga Bay, Johor Bahru pada 18 dan 19hb March telah pun berakhir dengan jayanya. Pihak penganjur iaitu Prestige Ideas bersama-sama Proton Edar (penaja utama), KIMEX Auto Suspension dan KYB Kayaba Shock Absorber (penaja bersama) dengan sokongan Gerakan Belia 4B Cawangan Desa Rahmat, Pulai dan Agensi Dadah Kebangsaan serta beberapa peserta 'booth' juga telah menjayakan acara dua hari itu. Di samping itu juga jualan kenderaan nasional yang diadakan tidak kurang hebatnya dengan penyertaan dari pelbagai pengedar sah dari sekitar Johor Bahru.

Pada sebelah malam 18hb telah diadakan 'Audioshow' yang bermula dari jam 8.00 malam. Banyak syarikat aksesori mempamerkan kenderaan yang telah siap dilengkapi dengan pelbagai jenama peralatan audio. ProCC juga telah menghantar beberapa wakil bagi mewakili E'natra Audio pada malam tersebut. Dengan sistem audio yang dipasang 'full blast' suasana menjadi seperti medan peperangan audio. Pengunjung tidak putus-putus membanjiri kawasan pameran sehingga acara selesai pada jam 12.30 pagi.

Manakala pada sebelah pagi 19hb pula perhimpunan kelab-kelab kereta bermula. Sebanyak 19 buah kelab (termasuk Royal Star Motoring Club sebagai koordinator) dengan jumlah Keseluruhan sebanyak 318 buah kenderaan. Antara kelab-kelab yang telah menjayakan gathering ini adalah ;

ProCC (49)
Saloon (38)
EXXN (35)
Cyborg (27)
WMC (Waja EVO) (20)
Titanium (17)
Hotwheels (14)
Auto Head (13)
Putra Club (12)
Racer Bred (12)
Albarosa (11)
Charade Owner Club (11)
Topoi K-Car Club (11)
Warisan Perdana (10)
Wild Horse (10)
Ford TX-3 (10)
AD Resort (9)
Southern Beat (9)
Royal Star (koordinator)


Kelab Terbaik dimenangi oleh Kelab Saloon dan hadiah khas juri pula dimenangi oleh Kelab WMC, semua pemenang dinilai berdasarkan sticker, pakaian, banner & kerjasama. Manakala ProCC telah menghantar penyertaan teramai sebanyak 49 buah kereta. Johor Autoshow Challenge 2006 telah tamat pada jam 6.45 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada diantara aktiviti yang dibatalkan antaranya SSO (Street Shoot-Out) dan minibike atas sebab-sebab tertentu.

Ahli ProCC dari Pasir Gudang telah berkumpul seawal 7.45 pagi di Stadium Tertutup Pasir Gudang dan konvoi telah bergerak ke Mobil Taman Daya pada pukul 8.15 pagi untuk menunggu rakan-rakan yang lain dari Johor Bahru, Muar, Kuala Lumpur dan juga Kota Tinggi. Setelah semua ahli tiba kereta disusun mengikut model dan konvoi sepanjang 49 buah kereta telah bergerak dan tiba di Danga Bay dengan selamat.

Hampir 100 orang ahli bersama keluarga telah menjayakan aktiviti ini. Terima kasih pada mereka yang tidak terhingga kerana sanggup turun padang dari jauh semata-mata untuk bersama-sama ProCC Johor. Ada beberapa ahli ProCC telah memenangi cabutan bertuah serta salah seorang daripada mereka telah memenangi TV 29" didalam salah satu pertandingan yang diadakan oleh penganjur.

Terima kasih pada semua ahli yang terlibat dalam gathering ini antaranya adalah e-zals, i-nizam78, xaxa, Ahmad_Misdan, Fendi, Lee Rider, Rin, Pain, Jepun, Castello_JB, Asriyonaldo, Omarcho, Adiex, Korie, Bagong, Abuzz, Ustadz, Gendon, Bai, Aris, Azam, Joe'ari, Khalid, Along, Abg_Jaiz, Azan, Lan_kota, Nan_PG, Ratino, Mr_Miefah, Nazri, Maiya, Amyrawatie, Riz-77, zulkaria, 5-zals, Mongkut & Anizar, W4i, KurtJB, Wak_jai, Wan_JJE, Boy_sp, Mat47, UlatGendon, Manis, SE04, Apis,Ulik, Hicham_eco & Achira78.

Semangat & komitmen yang begitu tinggi pada setiap ahli ProCC telah membuktikan bahawa kesefahaman dan perpaduan yang ada akan menjadikan ProCC sebuah komuniti yang unggul dan cemerlang sejajar dengan matlamat 'Belia Benci Dadah'.


Ikhlas: AJK ProCC Johor.


Rujukan dari RoyalStarJB


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.